Sunday, July 28, 2019

Kunjungan ke Ruang Pameran Perpustakaan Negara Malaysia

Sempena Putrajaya International Islamic Arts  And Culture Festival (PPACUF) 2019 yang berlangsung pada 15-28 Julai 2019, saya selaku GPM SMK Taman Semarak telah berkunjung ke ruang pameran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ruang pameran PNM menampilkan koleksi nadir iaitu naskhah buku yang berusia ratusan tahun disimpan rapi di PNM. Saya juga berkesempatan untuk melihat cara pemuliharaan buku-buku lama dan membuat pelbagai aktiviti di PNM seperti mencari maksud perkataan menggunakan buku nadir dan membuat aktiviti terjemahan jawi. Terima kasih diucapkan kepada pegawai PNM yang banyak membantu saya sepanjang kunjungan ke ruang pameran PNM.

  Menerima sumbangan buku daripada wakil PNM

 Hikayat Hang Tuah

 Khalq Al- Samawat Wa Al-Ard

Nashkah buku yang telah dipulihara 

Koleksi nashkah-nashkah buku lama

No comments:

Post a Comment