Sunday, July 28, 2019

Kunjungan ke Ruang Pameran Perpustakaan Negara Malaysia

Sempena Putrajaya International Islamic Arts  And Culture Festival (PPACUF) 2019 yang berlangsung pada 15-28 Julai 2019, saya selaku GPM SMK Taman Semarak telah berkunjung ke ruang pameran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ruang pameran PNM menampilkan koleksi nadir iaitu naskhah buku yang berusia ratusan tahun disimpan rapi di PNM. Saya juga berkesempatan untuk melihat cara pemuliharaan buku-buku lama dan membuat pelbagai aktiviti di PNM seperti mencari maksud perkataan menggunakan buku nadir dan membuat aktiviti terjemahan jawi. Terima kasih diucapkan kepada pegawai PNM yang banyak membantu saya sepanjang kunjungan ke ruang pameran PNM.

  Menerima sumbangan buku daripada wakil PNM

 Hikayat Hang Tuah

 Khalq Al- Samawat Wa Al-Ard

Nashkah buku yang telah dipulihara 

Koleksi nashkah-nashkah buku lama

Wednesday, July 17, 2019

Pemilihan Tokoh NILAM Daerah2019

Pemilihan Tokoh NILAM Daerah 2019 telah diadakan di SMK Bandar Enstek pada 16 Julai 2019 yang lalu. Buat pertama kalinya, SMKTS telah menghantar 2 orang wakil untuk Kategori NILAM Bahasa Melayu yang diwakili oleh Mateshvaran A/L Kovindasamy dan untuk Kategori Bahasa Inggeris diwakili oleh Liviyan Raj A/L Kovindasamy. Walaupun tidak mendapat tempat dalam pemilihan Tokoh NILAM kali ini, tetapi pengalaman yang mereka perolehi sangat berharga dan boleh mewakili sekolah sekali lagi pada tahun hadapan. Syabas dan tahniah diucapkan.

 Liviyan Raj A/L Kovindasamy

Mateshvaran A/L Kovindasamy 


Sunday, July 14, 2019

Resensi Buku

4 KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal - mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh

Hari     :  Masa Perhimpunan (Isnin)
Masa   : 7.30 Pagi
Tarikh. : 15 Julai 2019

Objektif               
1. Pelajar dapat mengasah bakat berkomunikasi di hadapan orang ramai.
2. Pelajar dapat memahami buku yang dibaca oleh rakan.
3. Pelajar dapat menyatakan kebaikan membaca.   
4. Pelajar dapat berkongsi ilmu yang didapati dari membaca buku tersebut.

Aktiviti 
1. Pelajar membuat perkongsian ilmu di dataran perhimpunan
2. Pelajar memberi penerangan mengenai buku yang dibaca.
3. Pelajar memberi info dan kebaikan membaca


Novel Spy Mission 

Sharifah Danisha Humaira binti Wan Idrus, 5 Sains 

Sharifah Danisha Humaira membuat ulasan Novel Spy Mission yang ditulis ole Andrew Judge dan Chris Judge. 

Wednesday, July 10, 2019

Calon Tokoh NILAM 2019 Peringkat Daerah

Liviyan Raj A/L Kovindasamy dan Mateshvaran A/L Prabakaran akan mewakili SMKTS dalam pemilihan calon Tokoh Nilam 2019 Peringkat Daerah yang akan berlangsung di SMK Bandar Enstek pada 16 Julai 2019.